PADA 10 Jun 2009 yang lalu, Mohd Janis Sdn Bhd telah mengadakan Hari Keluarga MJSB 2009 bertempat di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sebanyak 5 buah bas digunakan untuk membawa para pekerja serta keluarga masing-masing ke pantai peranginan tersebut.
Antara aktiviti yang diadakan sempena Hari Keluarga tersebut ialah sukaneka dan bola sepak pantai yang melibatkan pekerja dan ahli keluarga masing-masing.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan MJSB, Haji Mohd Janis Abu Bakar dan Timbalan Pengarah MJSB, Hajah Tuminah Hasan Muhali.
Turut menerima cenderahati ialah bekas ketua pekerja sesi 2001 – 2008, Mohamad Bin Adon.
Ucapan bagi pihak pekerja telah disampaikan oleh Naib Ketua Pekerja, Nor Hazrin Namam yang mewakili Ketuanya, Musa P Muhammad.
Difailkan dalam: Berita






salam ziarah..
tiba2 saya terjumpa blog ni.
tak sangka Mohd Janis Sdn Bhd ad blog.
seronok tengok gambar kat atas tu,
walaupun tak dpt ikut famili ke PD & balik kampung
coz ada kuliah kat kampus on that day.
by the way,
semoga Wak Tor dan pekerja2nya semakin bersemangat memajukan Mohd Janis Sdn Bhd.
moga beroleh barakah Allah =)